5.01.2006

hari ini hari yg amat pelik dan juga seronok bagi saya. salah satu sebab ialah kerana keesokkan harinya ialah hari pertama saya di sekolah yg boleh dianggap baru. Saya diberi kebenaran untuk pulang awal dan seperti biasa, keretapi yg saya naiki penuh dengan berbagai orang, maklumlah, hari ini adalah hari buruh. saya sedang berdiri sambil termenung memandang kasut saya apabila saya terdengar '' apa ini tolak tolak, kalau lu sempit gua pun sempit''. dan ini mencetus perasaan ingin tahu saya(tidak salah bukan)hati saya berbisik'' siapakah agaknya yang meremeh-temehkan perkare kecil ni. rupa-rupanya ia adalah salah seorang daripada pasangan remaja . mengapa? mengapa? mengapa dia harus memaparkan imej sebegitu? perkara tolak-menolak, sudah menjadi lumrah, bukankah lebih baik jikalau kita mengalah. mungkin adah sesetengah dari kita akan berkata '' apa nak mengalah! hak kita apa! nak jadi penakut buat apa!'' Tetapi perkara sebegini hanya memalukan dan memang sepatutnya dielakkan . ''hak'' apa yang anda ingin mempertikaikan? hak untuk mendapatkan tempat duduk? hak untuk menarik perhatian dengan membuat perkara yg tidak secara langsung menjatuhkan kita demikian hari?Bukankah lebih baik jika kita kita berusaha untuk mendapatkan hak kita yg sebenarnya iaitu dari segi mendapat posisi kerja dan taraf kehidupan yg baik. mungkin ada yg berkata ini semua perkara yg bosan dan tidak perlu dipercakapkan ataupun mengikut isitilah anak zaman sekarang ''Jangan nak bebual world lah''. ring!!!!sudah waktunya kita semua sedar, segala apa yg kita lakukan sekarang menentukan perkara yg bakal berlaku bukan tahun depan tetapi detik dan saat seterusnya. (untuk pengetahuan anda org yg dimaksudkan oleh remaja di keretapi itu ialah seorang warga tua)
baiklah. sampai disini sahaja ya.
And to all my peers who have started school, im gonna miss u guys!!!! and watching anugerah skrin is a total bummer.
P.s; to those in poly, happy using adult fare!!!

posted @ 9:29 PM



Comments: Post a Comment