4.08.2006

Saya menaip berdasarkan pengalaman yang saya telah pun alami. Saya kerap ke ite dengan tujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang peluang kecermelangan pelajar dan juga untuk mendapat informasi yg lebih teperinci.
sebagaimana yang anda semua maklum, bangunan yg tersergam indah terletak di simei merupakan ite yg terbaru lagi canggih jika dibandingkan dengan yg lainnya. layanan yg diberikan disana amat memuaskan, mereka sentiasa memberi senyuman apabila menguruskan keperluan murid2. pergerakkan mereka amat professional tanpa sebarang kecemerkapan.Saya amat kagum dan ini memberi saya sebuah idea bahawa ite adalah yg terbaik. Tujuan saya bukan untuk memperlekehkan khidmat yg diberi oleh institusi yg lain, tetapi kita boleh mengikut cara yg telah mereka paparkan, kerana ini akan memberi kesan yg positif terhadap syarikat itu sendiri. saya pernah dilayan seolah-olah saya telah membuat sesuatu yg jijik.layanan yg diberikan memberi gambaran imej sesebuah atau seorang dan sesuatu perkara, dan ini tentu akan menjadi bahan kritikan; yg harus dijauhkan. pada pendapat saya, khidmat yg diberikan tidak harus mempunyai garis pandu seperti konsep melayan kanak-kanak dan konsep melayan orang dewasa, perbezaannya ialah, selalunya mereka akan memberi layanan sambil lewa terhadap kanak-kanak ataupun remaja dan memberikan khidmat yg terbaik terhadap org yg dewasa(mungkin kerana taraf) tetapi anda mesti ingat, kanak-kanak zaman millenium mempunyai daya fikiran yg setanding persis seorang dewasa. anda tentu telah menyaksikan ''Singapore brainiest kid'', nah itu satu contoh yg amat ketara.
Saya percaya bahawa ite adalah tempat yang mempunyai berbagai banjaran yg kita boleh ikuti, kerana saya sendiri akan turut serta dalam salah satu daripada jurusan yg telah ditawarkan. Saya tidak menafikan bahawa saya pernah memandang rendah terhadap institusi tersebut,maaf kata ya,mungkin kerana pengaruhnya dan juga kata-kata negatif yg diberikan oleh org sekeliling. Itulah kesilapan yg saya telah lakukan dengan membuat tanggapan tanpa asas yg relevan.tetapi, apabila saya diberikan penjelasan yg benar dan kukuh, persepsi saya mula berubah . Pelajaran yg ditawarkan amat berguna walaupun ia memakan sedikit masa. jika anda mengetepikan 'pengaruh', dan menjulang pelajaran, saya pasti ite ialah sebuah institusi yg setanding dgn yg lainya. Hari ini saya di tunjukkan bukti, iaitu ia telah dianugerahkan ''Singapore quality class award'' dan ini bukan calang-calang anugerah, ia hanya boleh diperolehi oleh segelintir institusi di singapura dan dunia.

posted @ 12:21 AM



Comments: Post a Comment