3.13.2006

Seperti setiap warga yang aku anggap 'normal', kita akan sentiasa berpusu-pusu ke arah tanda papan yg menunjukkan ''jualan murah, potongan sehingga 70 peratus'', dan sentiasa peka tentang keadaan sekeliling dari segi ancaman sehinggalah untuk barangan yang gratis dan ini adalah sesuatu yg boleh membawa faedah kerana ia memberi manfaat terhadap setiap invividu yg melibatkan diri mereka dalam kegiatan sihat sebegini. apabila anda membeli belah anda akan dapt merasakan kepuasan yang luarbiasa kerana anda mendapatkannya dengan harga yg berpatutan manakala ada yang mendapatkannya dengan harga yg jauh lebih mahal. tetapi ada yang harus anda jauhi seperti sikap tunjuk perasaan di khalayak ramai. sepanjang perjalananku ke lokasi pekerjaan aku, aku dapat menyaksikan pelbagai telatah, ada yg menggunakan bahasa kesat hanya utk mendapat ruang untuk berjalan.dan dari pengalaman temanku, ada yg sempat berdebat tentang isu sensitif di dalam MRT, mungkin mereka mempunyai sifat toleran yg rendah. ada yang berkucup di dalam keadaan yang sempit, dan malangnya saya menjadi mangsa keadaan kerana pasangan itu berada di depan saya, meremang bulu roma saya dibuatnya. tetapi saya juga harus memahami mereka mungkin hanya sekadar melepaskan rindu dan ini menjejas etika sosial mereka.saya hampir menyeleweng, kegiatan sihat yg saya maksudkan ialah kebayarobics....hmm, mungkin ia terlau tradisional. bagaimana dengan yoga dan pilates? hmm, tidur? mungkin, kerana ia dapat mengubati lelah dan ngantuk. saya rasa cukup disini, sampai jumpa!

posted @ 11:48 PM



Comments: Post a Comment