2.11.2006
Fikiranku berada dalam keadaan yang reda tanpa sembarang gelombang, tetapi keadaan mula berubah apabila aku menerima keputusan peringkat 'o'. aku tidak menyangka reaksi spontan aku begitu cepat, aku mula dibelenggu resah dan ketidakpastian.Tetapi aku dapat mengawal diriku, dan pada saat itu, aku tahu aku harus merancang masa depanku dengan bijak dan jika aku tersilap langkah ia boleh menjejas diriku dalam jangka masa yang panjang. Inilah pertama kali aku keliru, terperangkap dalam situasi yg tak ku sangka boleh memberi kesan yang padat terhadap seseorang individu. dah lah macam puisi pulak... tetapi secara keseluruhan kita harus pandai membuat pilihan walaupun ketika itu kita tidak berada di kemuncak kerana ini dapat memberi dorongan supaya kita akan terus berusaha dan mara kehadapan... ciao chin chow!!!
posted @ 10:07 PM
Comments:
Post a Comment