2.17.2006
ster·e·o·type ( P ) Pronunciation Key (str--tp, stîr-)n.
=>A conventional, formulaic, and oversimplified conception, opinion, or image.
=>One that is regarded as embodying or conforming to a set image or type.
=>Printing. A metal printing plate cast from a matrix molded from a raised printing surface, such as type.
aku akan bermula dengan definasi stereotype iaitu sesuatu anggapan ataupun sesuatu pendapat yang satu hala . Aku ingin menyentuh isu ini kerana ia sedang berlaku secara berleluasa tanpa batasan. Ramai yang gagal berfikir secara luas, mereka membuat tanggapan melalui pergaulan dan juga dengan cara mereka berfungsi. jika kita tidak ingin terpengaruh ataupun bergaul dgn mereka yg tidak bersependapat dgn kita, kita tidak harus mengkritik ataupun memandang serong kerana ia akan memberi kesan yang kurang menyenangkan terhadap masyarakat sendiri. kita harus mempunyai sikap toleran dan ini boleh dicapai jika kita berfikiran terbuka dalam pelbagai aspek tetapi dalam masa yang sama kita mengekalkan prinsip dan pilihan kita sendiri. jikalau kita ingin menyampaikan sesuatu, kita harus menyampaikannya dengan cara yang sopan. saya pernah mendengarkan sebuah lagu yg dilakarkan oleh seorang remaja dan saya percaya bahawa tujuannya ialah untuk memberi satu penyedaran terhadap masyarakatnya sendiri, tetapi bahasa yg digunakannya kesat dan dengan tidak secara langsung ia memberi gambaran tentang si pencipta bahawa beliau sendiri mempunyai tahap pemikiran yg cetek. setiap individu mempunyai kewajipan mereka tersendiri dan kita tidak dapat lari daripada hakikat yang sebenarnya iaitu kita org timur; masih mempunyai budaya. saya bukan menyuruh anda memakai sanggul ataupun berkain pelikat, saya sendiri tidak terdaya tetapi hanya perkara-perkara yg lazim seperti kelakuan. itu sahaja.
posted @ 1:42 PM
Comments:
Post a Comment